BPR kumpul maklumat melalui risikan sendiri
10/04/2008 3:29pm
PUTRAJAYA 10 April - Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan melaksanakan pendekatan baru dalam menyiasat aduan rasuah dengan mengumpul maklumat berdasarkan risikan sendiri, bukan lagi bergantung kepada laporan orang ramai semata-mata.
Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, pendekatan kini yang kebanyakannya menunggu laporan awam tidak lagi sesuai dan harus ditukar bagi memastikan proses siasatan lebih cepat dan berkesan.http://www.utusan online.com
Pihak BPR wajib membuka telinga besar di Jabatan Jabatan kerajaan terutama kalangan mereka yang berkuasa (Budget holder). Ahli Lembaga Tender wajib mengandungi orang awam terutama wakil Dewan Perniagaan secara bergilir gilir.
Ini merupakan satu langkah yang baik dan jangan menjadi mata mata risikan atas pegawai rendah sahaja. Pasti yang tukang risik juga bebas dari rasuah.Kadang kadang kerana secawan kopi kes boleh tutup.Apa tah lagi jika imbuhannya lebih besar dari secawan kopi (duit kopi). Berangkali BPR boleh fikir melantik ejen ejen terdiri dari kalangan pegawai awam, pelajar di IPTA / IPTS atau orang awam dengan menyediakan sedikit bayaran seperti yang berlaku di Negara maju.
Mangsa rasuah.