Salam dan selamat bertemu kembali.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah PRU 12 berjanji untuk mengambalikan maruah Badan Kehakiman Negara yang dikatakan tercemar yang menyebabkan rakyat kurang yakin atas badan tersebut setelah krisis 1988. Keputusan PM semalam disambut dengan reaksi yang berbeza. Apa yang menarek dalam isu ini adalah "ex gartia" diumumkankan oleh Perdana Menteri dan ramai yang menganggap keputusan beliau adalah satu keputusan yang dibuat secara tergesa gesa. Ramai kalangan pemerhati melihat keputusan ini barangkali bertujuan untuk mengelak supaya isu ini tidak akan dibangkitkan dalam sidang Parlimen yang bakal diadakan pada 28hb April 2008.
Sejarah pemecatan Hakim dalam tahun 1988 berangkali atas usul Suruhanjaya yang ditubuh dalam mengendalikan kes ini. Saya percaya bahawa tindakan Pentadbiran mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad memecat mereka bergantung atas hasil siasatan Badan Suruhanjaya yang telah dilantik. Salah atau betul tindakan Tun Mahathir ketika itu perlu disiasat semula melalui Badan Suruhanjaya DiRaja.
Saya beranggapan bahawa keputusan Kerajaan untuk memberi 'ex gartia' kepada Hakim yang terlibat adalah satu langkah hanya membuktikan dimana Kerajaan prihatin atas isu ini. Tetapi disabaliknya ramai yang melihat pembayaran 'ex gratia' ini sebagai imbuhan yang dikira mampu meredakan isu ini terus dikritik. Jumlah wang ringgit tidak lah setimpal dengan sebesar permohonan maaf sepertimana yang diharapkan oleh pihak yang terlibat jika benar mereka mangsa dalam krisis tersebut.
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Bedawi sebelum mengumumkan tindakan ini wajib menubuhkan Badan Suruhanjaya diRaja untuk melihat semula kes pemecatan ini. Suruhanjaya yang bersidang dan hasil dari inquri tersebut akan dikemukakan kepada Kabinet untuk tindakan lanjut. Rakyat perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku waktu itu. Salah atau benar terpulang atas siasatan yang dilakukan oleh panel suruhanjaya yang menyediakan beberapa cadangan dan tindakan seperti memohon maaf, jumlah 'ex gratia' ,pencen dan sebagainya.
Pemerhati menganggapkan pengumuman YAB PM mungkin dibuat berdasarkan atas andaian dan seolah olah mengambarkan bahawa keputusan memecat mereka adalah salah dan tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Barisan Nasional. Disabaliknya ex gratia yang diumukan adalah wang rakyat dan rakyat perlu tahu.
“Pembayaran ex gratia bukan seperti melihat semula apa yang telah diputuskan. Ia tidak harus ditafsirkan sebagai sebarang bentuk minta maaf tetapi ini adalah cara kita mengambil pertimbangan apa yang mereka lalui, pengalaman peribadi mereka, kesusahan yang telah mereka rasai." http://utusan online.com/
Pemerhati