Thursday, April 10, 2008

ADUN mesti berkerja

Pakatan Rakyat Sarawak telah merasa kurang senang atas komen yang dilontarkan oleh Sdra Mauh yang mengingatkan kaum Iban supaya menjauh diri dari Parti Pembangkang. Sdra Mauh perlu mengetahui bahawa Negara kita mengamalkan Demokrasi Berparlimen. Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyediakan peruntukan memberi kebebasan untuk menyertai mana mana pertubuhan.


Oleh yang demikian mereka boleh memilih menjadi ahli komponen Parti BN atau PR dimana perjuangannya tidak bertentangan dengan undang undang Negara. Dengan kata lain setiap rakyat berhak menjadi ahli / menyokong / mengundi parti pilihan untuk mewakili mereka disemua peringkat. Kalah menang sebuah parti itu bergantung atas pengaruh dan jumlah undi yang diperolehi oleh Parti yang bertanding.


hli Yang berhormat (Pemerintah atau Pembangkang) wajib berkhidmat dan menunaikan tanggunjawab sepertimana yang telah diamanahkan oleh pengundi. Setelah "tsunami politik" yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu dalm PRU 12 baru lalu membawa sedikit perubahan atas lanskap politik Negeri Sarawak. Rakyat kini mula menilai prestasi ADUN BN / PR disetiap kawasan DUN. Peluang mereka untuk terus mewakili DUN masing masing akan diterjemahkan dalam PRU ADUN 2010/2011.


Perlu diingatkan bahawa trend pengundi pada hari ini amat berbeza berbanding apa yang berlaku zaman 80'an dan 90'an. Mereka sudah mengerti dan memahami hak mereka sebagai pengundi dan bebas memilih sesiapa yang mereka suka. Oleh demikian parti komponen BN yang memerintah Sarawak wajib mengorak langkah yang lebih pro aktif. Banyak berkerja dari bercakap. Kerana terlalu banyak bercakap dan publisiti akan membuat rakyat naik muak.


Akbar akbar tempatan mesti mengubah secara persembahannya. Berita berita dari akar umbi serta teguran mereka perlu mendapat tempat. Secara tidak langsung akan membantu Kerajaan pucuk kepimpinan Pemerintahan masa kini memahami aspirasi rakyat. Kesilapan yang berlaku di Kerajaan Pusat wajib dijadikan iktibar kepada Kerajaan Negeri. Masa dua atau tiga tahun adalah satu masa yang panjang untuk pihak pembangkang memanipulasikan keadaan serta persiapan mereka dalam menghadapi PRU ADUN 2010/2011.

Tidak hairan ramai gulungan professional amat berminat bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang disebut oleh PKR Sarawak. Dalam PRU 12 undi populariti pembangkang meningkat dan kita telah menyaksikan sebahagian kecil gulungan professional telah menyertai parti lawan dalam PRU 12 baru lalu.

BN Sarawak wajib bermula sekarang dan masa berbulan madu sudah berakhir. Kita berharap rombakan kecil atas Kabinet Sarawak akan memberi nafas baru dan seterusnya mampu memainkan peranan yang lebih aktif.



Pelandok