Sunday, April 20, 2008

Najib bakal Perdana Menteri Malaysia ???

Diwarung kedai kopi banyak yang telah diperkatakan mengenai peralihan pucuk kepimpinan Negara. Berbagai pendapat telah dilontarkan. Ada yang mengatakan Datuk Seri Najib akan menduduki kursi no satu negara jika peralihan kuasa dilaksanakan sebelum Perhimpunan UMNO Disember ini. Jika ini berlaku besar peluang beliau akan menang tanpa pertandingan.

Disatu puak yang lain berpendapat bahawa kedudukan beliau akan dicabar oleh Ku Li kerana ramai ahli UMNO mengatakan bahawa Datuk Seri Najib harus juga dipertanggungjawabkan atas kekalahan BN / UMNO dalam PRU 12 baru lalu. Ramai yang meramalkan beliau akan menghadapi pertandingan sengit tiga penjuru untuk merebut jawatan Presiden UMNO 2008.

Jika sekiranya YAB PM AAB berhajat untuk memilih mempertahankan kursi Presidennya maka beliau akan berhadapan dengan Ku Li dan Muhydin Yasin. Manakala Najib mereka percaya akan kekal mempertahan kursi Timbalannya. Ditakdirkan Ku Li atau Muhydin menang maka Pak Lah terpaksa menyerah kepimpinan Parti sekaligus menyerah Jawatan Perdana Menteri kepada Ku Li atau Muhydin Yasin. Senario ini akan menutup peluang Najib menjadi Perdana Malaysia untuk jangka masa yang panjang.

Untuk menjamin peluang beliau menjadi PM Malaysia maka Najib tidak punya pilihan tetapi terpaksa mendesak Pak Lah supaya skim peralihan kuasa disegera sebelum Perhimpunan UMNO Disember ini.

Slogan "berkerja bersama saya...." bahan sejarah penghibur lara generasi mendatang.