Tuesday, April 22, 2008

Satu Pandangan wajar dipertimbangkan oleh Pucuk Kepimpinan.

Pada hari Isnin yang lalu saya berpeluang bersembang sembang bersama beberapa kawan keturunan kaum bidayuh di MDC Jalan Batu Kawah Kuching. Mereka mengatakan bahawa kaum tersebut bukan sahaja disish diperingkat Nasional malah suara mereka sudah tidak kedengaran di peringkat Negeri kalau berbanding dengan kaum yang lain di Negeri Sarawak.

Saya pasti saya adalah antara mereka yang tidak setuju dengan komen ini. Kerana kaum bidayuh sudah mempunyai ramai wakil mereka dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kelayakan sebagai wakil rakyat mereka boleh menyuarakan rintihan kaum yang mereka wakili dalam kedua buah dewan tersebut.

Memperjuangkan hak rakyat tidak semestinya seseorang itu dilantik sebagai Menteri Kabinet malah suara mereka lebih didengar jika mereka berani bersuara dalam Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri.

Walau bagaimana pun mereka masih berharap ADUN Bidayuh dilantik dalam rombakan kabinet Negeri Sarawak yang bakal diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak selepas DUN bersidang dalam bulan May ini nanti. Sama sama kita tunggu pengumuman YAB KM Sarawak.