Friday, March 28, 2008

Meludah ke langit jatuh kemuka

MT Umno terima Ahmad Said tapi rakyat Terengganu tuntut pilihan raya kecil
Mat Zain Mat Isa Fri Mar 28, 08 9:41:46 am MYT


"........Kini, Ahmad telah disahkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang semalam (Khamis, 27 Mac) turut menerima pelantikan Adun Kijal itu sebagai Menteri Besar menggantikan Idris.

Rakyat Terengganu menunggu dengan penuh minat apakah reaksi dan tindakan susulan oleh 23 Adun BN (termasuk Idris) mengenai perkembangan ini. Sejauh manakah ikrar mereka untuk sebulat suara tetap menolak pelantikan Ahmad itu masih mereka pegang?

Apakah mereka nanti tidak akan hadir ke majlis angkat sumpah Ahmad sebagai Menteri Besar? Benarkah mereka akan menunggu sidang DUN Terengganu dipanggil dan akan sepakat mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad?

Hasrat mereka mengambil tindakan disiplin nampaknya sudah tidak dapat disempurnakan. Perkara itu di bawah kuasa Lembaga Disiplin Umno, bukan sewenang-wenang boleh diisytiharkan oleh seorang Setiausaha Perhubungan Umno negeri. Takkan soal sebegitu besar pun Rosol tak tahu? Apa punya setiausaha perhubungan negeri ni? ........"

more...http://harakahDaily.Net.