Friday, March 28, 2008

Tidak mustahil...wujud Sistem Dua Parti.

Saya tetarek dengan dua buah berita dalam akhbar tempatan hari ini yang menyentuh mengenai penubuhan dua sistem berparti politik di Malaysia oleh MP Santubong .Dan kenyataan PKR yang mengharapkan sistem tersebut diguna pakai dalam Pilihan Raya ADUN 2011.

Saya bersetuju dengan kenyataan YB Santubong dimana Malaysia mempunyai tidak kurang dari 50 kumpulan ethnik dan yang terbanyak menempat di Negri Sarawak (kepulauan Borneo) berbanding dengan penduduk di Semanajung Tanah Melayu. Keadaan ini yang membezakan struktur sosio-politik Sarawak sehingga sukar untuk mengwujudkan sistem dua parti sepertimana yang diusahakan oleh PKR.Tetapi disabaliknya tidak mustahil sistem dua parti boleh dilaksanakan jika sekiranya pengundi mengundi berdasarkan atas landasan kefahaman / manifesto Parti.

Apa yang berlaku di Semanajung Tanah Melayu dalam PRU 12 mungkin membawa seidkit impak terhadap Kerajaan BN di Sarawak. Lebih dari dua pertiga jumlah kursi BN boleh dikatakan selamat dipertandingan jika sekiranya parti parti komponen BN Sarawak bersedia membuat perubahan dan pendekatan baru dalam perjuangan parti mulai sekarang.

Saya yakin usaha PKR akan menghadapi jalan buntu sebab ketiga tiga parti yang sudah bertapak di Sarawak mempunyai ideologi dan perjuangan yang berasingan. Mithalnya , PKR Sarawak terpaksa berhadapan dengan DAP Sarawak disamping menghadapi Barisan Nasional dalam PRU 12 baru lalu. Apakah senario ini tidak akan berulang dalam hasrat mereka untuk menghadapi PRU ADUN Sarawak 2011 kelak?

Sama sama kita tunggu.

Pemerhati.