Kadar jenayah dikatakan menurun berbanding dengan kadar dalam tahun yang sudah pada keseluruhannya.Tetapi secara kasar kita masih mendengar dan melihat kegiatan jenayah seperti pecah rumah dan rompakan berlaku di sekitar Bandar Kuching semakin menjadi jadi.
Di Petra Jaya seberang Sungei Bandar Kuching kerap berlaku kegiatan peras ugut dan pecah rumah termasuk tragedi malang yang telah berlaku keatas kediaman bekas Menteri Muda Sarawak Datuk Sharifah Mordiah. Sejumlah RM40,000.00 harga barangan rumah telah lesap manakala tidak ada sebarang kecedraan yang berlaku atas penghuni rumah waktu itu.Rompakan yang dilapurkan berlaku antara Magirb / Isya' itu amat membimbangkan penduduk yang sekitarnya dengan nya.
Soalnya mengapa ramai dikalangan mangsa memilih berdiam diri dan tidak mahu bersusah payah untuk melapurkan kejadian seperti itu kepada pihak Polis mempunyai sebab sebab mereka tersendiri.
Saya ingin berkongsi satu kejadian pecah rumah atas Bangunan Tadika Kemas Kpg.Tunku. Kejadian pertama berlaku dalam tahun 2007 dimana alat alat mengajar ,peralatan dapur ,kipas angin dan sebuah komputer telah dicuri dari bangunan tersebut. Kita buat lapuran di Balai Polis Gita dan selepas itu kita dikehendaki melapur kejadian tersebut ke Balai Polis Simpang Tiga. Kita dijanji pihak polis akan menyiasat kes ini dan akan diberi tahu atas perkembangan seterusnya.
Dua bulan kemudian terjadi sekali lagi jenayah yang serupa dan kali ini semua peralatan mengajar , dapur ,tong gas ,tapak mangkok yang baru lesap dicuri. Sekali lagi lapuran dimajukan melalui proses yang sama. Yang anehnya pihak polis tidak mengambil inisiatif untuk melawat tempat kejadian walau pun sudah kita muhun.Alasan tidak cukup pegawai.
Kita buat dialog bersama anggota polis di Surau Perumahan setelah itu kerana ingin menyuarakan kebimbangan penduduk kepada pihak keselamatan.Kami difaham waktu itu , Balai Polis Gita tidak cukup anggota untuk membuat rondaan disekitar kawasan DBKU. Kerana jumlah anggota yang sedikit menjejaskan kekerapan rondaan kesatu tempat sahaja disebabkan kawasan terlalu besar dibawah jagaan Balai tersebut.
Lima bulan kemudian berlaku semula jenayah pecah rumah atas Bangunan Tadika tersebut. Tiada lapuran dibuat. Tiga bulan setelah itu semua peralatan baru termasuk Radio dan TV dalam ketiga tiga bangunan lesap dicuri. Tiada lapuran dibuat. KENAPA? Kita jangka pihak polis tidak akan mampu berbuat apa apa dan lapuran hanya tinggal satu lapuran dan jenayah seperti ini terus berlaku. Kini pihak polis memuhun kerjasama orang ramai untuk membantu mereka.
Saya yakin bahawa setiap anggota masyarakat bersedia menghulur bantuan tetapi jika apa yang berlaku seperti diatas akan timbul kurang yakin masyarakat terhadap prestasi pihak polis.
Sang Kancil