Ramai yang meramalkan bahawa Politik Negeri Sarawak mula bergolak disebabkan tsunami politik berlaku di Semenanjung Tanah Melayu dalam PRU 12 baru lalu. .Sebahagian besar berpendapat bahawa PKR , DAP dan Parti Congress Iban yang bakal ditubuhkan akan mendapat sambutan dari kalangan pangundi didalam dan luar bandar. Menurut pemerhati poltik , pakatan yang diwar warkan ini tidak boleh dipandang ringgan dan jika ianya berlaku adalah seperti air bah yang sukar dikawal.
Parti Keadilan Sarawak yang dipimpin oleh Ahli Yang Berhormat tunggal parti tersebut telah memulakan "Road Show" mereka dengan menubuh sebuah Cawangan PKR di Bau. Sebuah daerah terdapat ramai pengundi kaum Bidayuh. Hasrat DAP untuk menambah kursi dari jumlah yang ada tidak akan menghadapi jalan yang sukar dalam usaha ini , tambahnya. Manakala kedudukan Iban Congress Party yang belum teruji kekuatannya mungkin mendapat sambutan hanya dibeberapa kawasan pendalaman. Secara berseloroh , kedudukan ini akan mengwujudkan persaingan sengit antara parti pemerintah dan pihak pembankang dalam pilihanraya ADUN 2011 ini nanti.
Memang sudah menjadi tradisi Negeri Sarawak dan Sabah tidak akan bermatian untuk mendapat kursi Parlimen. Kerana ramai yang berpendapat ( sebelum berlakunya tusnami politik PRU 12) bahawa kemenangan kursi Parlimen tidak akan membawa impak atas Kerajaan Persekutuan. Mereka percaya satu atau dua kursi Parlimen sudah memadaie menyuarakan rintihan rakyat Sarawak.
Keadaan pada hari ini amat berbeza. Anggota masyarakat adalah terdiri dari bekas kakitangan Kerajaan (pencen) dan angkatan muda. Gulungan ini yang amat sukar untuk dipengaruhi apatah lagi janji manis seperti berpolitik tahun 80an. Ramai yang mengatakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mendiri dan menyediakan kesemua kemudahan awam untuk rakyat yang diperintahnya.
Maka isu isu harian dan kekuatan Kerajaan Persekutuan akan dijadikan sebagai satu pentanda yang akan menentukan hala tuju pembentukan Kerajaan Negeri.
sekian.