YAB Pehin Seri Dr.Haji Abdul Taib Mahmud telah berhasrat untuk merombak Kabinet Sarawak dalam jangka masa yang terdekat. Rombakan tersebut katanya akan memberi peluang untuk muka baru menyumbang tenaga Ahli Yang Berhormat dalam mentadbir Negeri Sarawak.
Berita ini mengundang berbagai andaian dari masyarakat umum. Sebahagian besar yang percaya bahawa beberapa YB Timbalan Menteri dalam kabinet Sarawak yang tidak berfungsi digugurkan. Kedudukan mereka diganti dengan mereka yang lebih proaktif. ADUN yang tidak mewakili mana mana parti wajib disingkir dan memberi laluan kepada wakil Parti Komponen BN yang memerintah.
Tidak dinafikan bahawa terdapat dikalangan YB Menteri dan Timbalan mereka yang sedia ada telah menunjukkan prestasi yang memuaskan.Disamping berdamping rapat dengan rakyat dikawasan mereka masing masing terdapat mereka juga telah menunjuk kepimpinan yang memuaskan.
Masyarakat berharap dalam rombakan kecil ini kelak supaya YAB memberi sedikit penekanan sehingga memberi gambaran bahawa Kabinet tersebut mengandungi wakil kaum yang seimbang. Disamping itu mereka yang dilantik supaya bersedia menjalankan tugas kementerian sepertimana yang telah diamanahkan oleh rakyat.
Sang Kancil