
PRU 12 telah membawa mesej yang kuat sehingga Pak Lah mengaku bahawa beliau tidak pantas dalam melaksanakan pembaharuan yang telah dijanjikan. Saya khuatir janji Pak Lah / BN dalam PRU 12 mungkin sukar dilaksanakan sebab Pak Lah tidak akan mendapat laluan yang mudah dalam Dewan dimana BN tidak menguasai suara dua pertiga dari jumlah yang ada.
Disamping itu Pak Lah wajib menukar cara dan gaya kepimpinan beliau (flip-flop) sesuai dengan kehendak aspirasi rakyat. Sejarah telah membuktikan bahawa Pak Lah telah kurang berusaha memantapkan Kerajaan BN sejak menang selesa PRU 11 (2004). Saya percaya rakyat ingin melihat ketulusan dalam pemerintahan Pak Lah jika ingin mengambalikan keyakinan pengundi.