

Sebagai pemerhati politik tanah air kemelut mengenai pelantikan MB Terangganu dan Perlis mengambarkan adanya ketidak safahaman antara Institusi Raja dan Kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi. PRU 12 telah membawa mesej yang jelas kepada Kerajaan dan barangkali suara tersebut kedengaran di istana menuntut serta memerlukan Kerajaan diterajui oleh muka baru dengan tujuan dan harapan untuk membawa pembaharuan kepada rakyat dibawah naugan Banginda.
YAB Perdana Menteri sebelum mengeluarkan watikah pelantikan dari Parti dengan rasa rendah hati mengadap Istana untuk mendapat restu Baginda walau pun Perlembagaan menyatakan bahawa MB yang dilantik wajib mendapat suara majoriti dari Ahli Dewan.
Negara kita penuh dengan adat istadat dan menghormati Institusi berRaja sebagai lambang penyatuan dan persatuan bangsa dan agama. Sebagai pemimpin Persekutuan YAB harus mencari jalan yang terbaik menyelesai kemelut ini dan tidak menguna mass media melimparkan berbagai andaian yang boleh mengundang perpecahan bangsa.
Sekian.