Penolong Setiausaha Tetap kepada bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Encik Peter Timik Juin telah melahirkan rasa tidak puashati kaum bidayuh kerana YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melantik wakil kaum tersebut dalam kabinetnya menurut akbar tempatan The Borneo Post hari ini.
YB Dr.Tiki Lafe Mas Gading yang digugurkan dari barisan kabinet Pak Lah telah berkhidmat selama lapan tahun sebelum ini merupakan MP yang dianggap mewakili kaum bidayuh diperingkat Persekutuan. Kini mereka mula menunding jari kepada pucuk kepimpinan SPDP (Sarawak Peoples Democratic Party) kerana kurang berusaha untuk mendapat kursi mewakili kaum tersebut sehingga kenyataan En.Timik menimbulkan rasa kurang senang Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan.
PBB,SUPP,SPDP dan PRS adalah parti parti komponen Barsian Nasional Negeri Sarawak. Parti Pesaka Bumiputra adalah sebuah parti yang mewakili ethnik bumiputra (islam /bukan islam)Sarawak. Manakala SUPP,SPDP dan PRS merupakan parti ahlinya terdiri dari berbilang kaum termasuk kaum bidayuh. Sebagai contoh YB Richard Riot MP Serian Ahli SUPP dan YB Dr.Tiki Lafe Mas Gading adalah ahli SPDP. Kedua dua parti ini termasuk PRS juga mempunyai ahli berketurunan cina ,orang ulu , Iban ,bidayuh,kayan kenyah dllnya.
Pandangan dan kenyataan Datuk Presiden amat tepat dimana beliau telah menegaskan bahawa SPDP adalah sebuah Parti mewakili berbilang kaum dan tidak semesti ianya menjadi jaguh hanya untuk membela sebuah kaum sahaja.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa kaum bidayuh adalah penduduk yang teramai dikawasan Bau , Lundu,Sematan,Serian dan Tebedu. Wajar dengan sokongan yang tidak berbelah bagi kaum tersebut dalam PRU 12 dilantik salah seorang wakil mereka sebagai ahli kabinet Persekutuan. Tidak kira MP bidayuh itu dari SUPP (YB Richard Riot - Serian) atau SPDP (Dr.Tiki Lafe - Mas Gading).
Mungkin sdra Timik bersetuju atas cadangan ramai mencalon muka baru wakil kaum bidayuh selaras dengan formula Pak Lah untuk mengabung muka lama / baru dalam Kabinet persekutuan 2008.