PRU 12 peratusan undi populariti Barisan Nasional Negeri Sarawak telah menunjukkan penurunan hamper 2.66% dibanding dengan keputusan Pilihanraya sebelumnya yang menunjuk 66.38% undi populariti.
Jumlah yang berdaftar dalam PRU 12 di Negeri Sarawak adalah 923,836 pengundi manakala jumlah yang turun mengundi adalah 523,489. BN mendapat 333,592 undi dibanding dengan Parti lawan berjumlah 188,779 (Pas/2923 : SNAP/3565 : DAP/105,650 : PKR/51,894 dan Bebas/24,747). Hasilnya PRU 12 BN menang 30 kursi dan DAP 1 kursi.
Dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri 71 kursi DUN bakal dipertandingkan dalam Tahun 2010/11. Dari jumlah 71 kerusi DUN, 35 kursi diagihkan kepada PBB ; 19 kepada SUPP , 9 kepada PRS dan 8 kepada SPDP..
Dalam Pilihanraya ADUN kita akan bakal menyaksikan pertandingan senggit antara ahli Parti komponen Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat (PKR/PAS/DAP) termasuk Kongress Dayak Malaysia yang bakal mendapat pendaftarannya.
Terdapat 28 kerusi kawasan majoriti Dayak; 29 kerusi kawasan majoriti Melayu/Melanau Muslim dan 14 kerusi kawasan majoriti Cina. Besar kemungkinan pertandingan kali ini akan menyaksi bilangan kecil calon bebas bertanding. dalam pilihanraya ADUN 2010/2011. Jika ada calon bebas berdiri hanya berangkali untuk memecah undi lawan mempastikan kemenangan.
Komponen parti BN Sarawak terdiri dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ,Sarawak United Peoples' Party (SUPP); Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).Komponen Pakatan Rakyat terdiri dari Parti PKR ,DAP dan PAS + Kongress Dayak Malaysia (Malaysian Iban Congress Party).
Penduduk Sarawak yang dianggarkan 2.5 juta diwakili oleh 28 kaum dan suku kaum utama jika diklasifikasi dari segi bilangan, persamaan bahasa atau dialek pertuturan, adat budaya dan agama.
Kaum berkenaan diklasifikasi kepada lima kumpulan utama iaitu Iban, Cina, Melayu dan Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu. Masyarakat Orang Ulu walaupun kecil dairpada segi bilangan penduduknya tetapi kaya dengan kepelbagaian etniknya. Tidak kurang daripada 10 suku kaum dalam masyarakat Orang Ulu antaranya Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Kelabit, Kajang, Penan, Ukit, Punan, Beketan dan Lahanan.
Daripada segi jumlah penduduk, masyarakat Melayu dan Melanau mewakili kira-kira 27.5 peratus; Iban 29.5 peratus; Cina 28 peratus; Bidayuh 8 peratus dan Orang Ulu 6 peratus. Tiada majoriti yang ketara di antara kaum-kaum utama di Sarawak.
Pilihanraya ADUN Negeri Sarawak 2010/2011 akan menarek ramai peminat peramal serta pemerhati politik Negara.
Zayn