Thursday, April 24, 2008

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim Sabah / Sarawak.

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak membawa reaksi berbeza beza dikalangan pemerhati Politik.Mereka yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat sudah tentu lawatan DSAI ke Sarawak mampu memantapkan semanggat juang ahli Parti yang ada di negeri kenyalang. Disabaliknya lawatan DSAI tidak akan membawa impak politik walau pun bahang 'tsunami politik' telah melanda Semenanjung Malaysia.

Ramai yang mengatakan senario politik di Sarawak tidak sama sepertimana yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Sarawak mempunyai pengundi yang berbilang kaum dan Pakatan tidak akan mampu menguggatkan kekuatan Barisan Nasional Negeri Sarawak yang dipimpin oleh YAB Pehin Seri Taib Mahmud setakat ini. Politik Pembangunan yang dipelopori oleh YAB sejak memegang tampuk Kerajaan Negeri telah memberi banyak nikmat kepada rakyat dalam dan luar bandar. Peluang peluang perniagaan dan pekerjaan terbuka luas dikawasan SCORE untuk rakyat.Dan terpulanglah kepada mereka mengunakan initiatif untuk merebut peluang tersebut dari masa kesamasa melalui networking masing masing.

PRU 12 telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat ditolak oleh pengundi Sarawak sebab itu mereka hanya menang satu kerusi (DAP) tambah nya. Mengenai isu isu yang telah dibangkit dalam PRU 12 telah dengan mudah dipatahkan oleh Barisan Nasional.

Kekuatan pucuk kepimpinan bertambah kuat setelah rakyat menyaksikan keadaan berbaik baik antara Pehin Seri Taib Mahmud dan bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub yang telah bermusuh selama 26 tahun dalam politik. Keadaan ini juga mendorong dan mempengaruhi pengundi bumiputra menyokong calon calon BN sehingga terbukti YB Norah Tun Rahman (anak Tun Rahman) calon P.206 Tanjung Manis telah menang tanpa tanding.

Disabaliknya ada dikalangan pemerhati politik percaya bahawa 'tsunami politik' akan melanda Negeri Sarawak dan meramalkan bahawa Sarawak akan diperintah oleh Kerajaan Campuran.Pakatan yakin mereka mampu menawan 46 kerusi dari 71 kerusi DUN dalam Pilihanraya ADUN 2010 / 2011. Oleh yang demikian pemerhati percaya bahawa Pilihanraya Negeri Sarawak dijadikan medan peperangan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Malaysia.Waktu itu rakyat akan menjadi pengadil. Maka setiap undi amat bernilai.

Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab yang menang ketika ini menjaga undi mereka masing masing manakala pihak yang lain bersungguh sungguh meraih undi melalui road show seperti yang dilakukan oleh DSAI pada hari ini (Sabah / Sarawak).