Perkembangan dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) baru baru ini amat menarek perhatian umum. Kumpulan Datuk Sri Dr. James Masing telah diiktirafkan oleh Pendaftar Pertubahan sebagai Presiden PRS. Pengiktirafan tersebut oleh ROS dengan sendiri telah menghentikan kemelut dalam PRS sehingga satu ketika Parti tersebut mempunyai dua Presiden.
Sekarang Larry Sgn terpkasa menerima hakikat bahawa beliau bukan ahli PRS lagi bersama barisan exco yang dipecat oleh kumpulan Masing. Keadaan bertambah rumit apabila parti tersebut dalam mesyuarat MKT telah mengambil keputusan untuk tidak menerima Larry Sgn dan kumpulannya diterima sebagai ahli Parti Rakyat Sarawak.
Sebahagian besar pemerhati politik Sarawak berpendapat bahawa Yang Berhormat Larry patut meletak Jawatan sebagai Menteri Kabinet Negeri. Sebab mereka percaya kerusi yang beliau duduki adalah kerusi wakil PRS dalam Kabinet Pehin Seri.
Sama sama kita lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
Bulat.