Bahang Pilihan Raya (PRU 12) amat terasa di Negeri Sarawak. Ramai yang mengatakan bahawa bahang tersebut sudah mula dirasai oleh sebilangan besar masyarakat bandar. Pihak lawan mula mengantur langkah dalam menghadapi Pilihan Raya Ahli Dewan Undangan Negeri yang dijangka diadakan pada seawal 2010 atau 2011 ini nanti.
Dalam PRU 12 kita telah menyaksikan jumlah undi yang diperolehi oleh pihak pembangkang dalam beberapa kawasan amat merungsingkan seperti kawasan Serikei , Limbang , Bandar Kuching dan Kawasan Parlimen dimana Calon lawan telah berjaya meraikan undi yang tidak boleh dipandang ringgan oleh parti Pemerintah (BN).
Sebahgian isu isu yang diguna pakai waktu Kempen PRU 12 masih belum mendapat jawapan yang memuaskan oleh sebahagian besar rakyat jelata. Kejatuhan lima Negeri ketangan PKR ,DAP dan PAS manakala krisis perlantikan MB di Perlis dan Terangganu dalam BN itu sendiri dijadikan isu perbualan masyarakat dimana mana termasuk Sarawak.
Apa kah "tsunami poltik" PRU 12 akan berlaku di Negeri Sarawak dalam Pilihanraya ADUN 2010 / 2011 ?
Kejayaan Politik Pembangunan di bawah kepimpinan YAB Pehin Seri Hj Abdul Taib Mahmud telah banyak membawa perubahan cara dan gaya hidup masyarakat bandar dan luar bandar.Kejayaan ini , mungkin , menyebabkan pengundi negeri Sarawak masih berdiri teguh dibelakang Kerajaan yang diterajui oleh BN (PBB,SUPP,SPDP dan PRS).
Walau bagaimana pun dalam Pilihan raya ADUN baru lalu Sarawak telah menyaksi kemenangan kursi PKR ,DAP dan Bebas. Tidak mustahil kursi kursi ini akan bertambah jika sentimen dan kekuatan pucuk kepimpinan BN diperingkat Persekutuan berubah.
Oleh yang demikian langkah langkah positif wajib diusahakan oleh BN Sarawak sebelum keyakinan masyarakat terhadap kerajaan berubah. Tiba masa nya kepimpinan Negeri membuka ruang untuk mendengar aspirasi rakyat dan mencari jalan supaya anggota jentera parti diterajui oleh mereka yang berwibawa membawa mesej kerajaan keakar umbi.
Populariti yang berkurangan serta kekelahan itu berkemungkinan disebabkan oleh penyagak penyagak politik yang banyak bercakap dan kurang berkerja. Banyak "Gah" tapi kurang 'Um".
Isu isu tanah , harga barang keperluan harian naik, minyak naik ,perpaduan kalangan kaum luntur,peluang perniagaan dan sebagainya sebahagian dari isu yang harus diberi pertimbangan dengan sewajarnya.